Isnin, 22 Disember 2014

COGAN KATA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK REDAN

SENTIASA KEKAR LAKSANA RATNA”

S          SENTIASA

            Bermaksud pusat ilmu ini akan sentiasa menyinar dalam bidang ilmuan, kakitangan yang sentiasa bersemangat untuk menyumbangkan khidmat kepada sekolah dan masyarakat sejagat.


K         KEKAR

            Bermaksud mantap, mampan dan bersinar.


L          LAKSANA

            Berkmaksud ‘seperti’.


R         RATNA

            Bermaksud batu permata yang indah lagi jitu.

Adalah menjadi harapan dan keyakinan bahawa “pusat ilmu ini (SKLR) akan sentiasa mantap dalam menabur bakti kepada masyarakat sejagat seperti sebiji permata yang sentiasa bersinar dan bernilai”.


Dicipta oleh  :  Cikgu Hj.Lani bin Lasim.
VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI


INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH


MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI.


Khamis, 18 Disember 2014

LENCANA SEKOLAH

BUNGA PADI
Melambangkan keharmonian masyarakat sekolah dari semua aspek (dalam usaha menjadi insane kamil tunduk kepada Allah apabila semakin mencapai kecemerlangan).

BULATAN
Melambangkan masyarakat sekolah : Guru, murid-murid serta kakitangan lain sentiasa bekerjasama dan sepakat.

BUKU
Melambangkan ilmu yang wajib dituntut oleh semua.

BULATAN BERANGKAI
Melambangkan aktiviti sukan yang diberi perhatian kerana’akal’ yang cerdas dating dari badan yang sihat dan cergas.

MERAH
Melambangkan keberanian dan ketegasan dalam meneroka bidang ilmu dan tidak mudah putus asa dalam apa jua aktiviti.

BIRU
Melambangkan masyarakat yang penyayang, harmoni dan ikram dalam mencapai kecemerlangan.

PUTIH
Melambangkan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

KUNING
Melambangkan Institusi Raja-Raja Melayu yang mendukung kesucian agama Islam.

Warna-warna merah, putih biru , dan kuning adalah menunjukkan S.K Lubok Redan adalah sekolah yang berada dalam negeri Melaka dan negara Malaysia.

Dicipta oleh  :  Cikgu Hj.Yaakub bin Bachik